Salam…ketemu kembali. Dh lama xupdate..terlalu banyak nk kene setel memandangkan Final Exam dh nak dekat. Sekarang ni before Final bermula, blh la rehat2.layan cite korea…erm dh lama dh xlayan…..
Ni adalah first entry yang I nk menceritakan perihal anak didik ku dan mylife as pengajar di PSIS…First time dalam hidup setelah genap 2 tahun mengajar di PSIS…I menitiskan air mata dalam kelas….byk sebab kenapa sesorang itu sampai mengalirkan air mata….suka, gembira, terharu, sedih,kecewa dan macam2 lagi. Minggu lepas masa konvo, sangat2 bangga dengan diorang yg dh pun konvo. Walaupun batsh diorg tu hanya sempat mengajar satu Sem…tp xper la…at least ada la gak terselit ingatan kalian pada gurumu yang xseberapa ini…hehe….sangat2 bangga, puas hati, berbaloi dan terbayar segalanya melihat kalian menyarungkan jubah konvo dan berjalan dengan yakin. Walau apa pun pilihan kalian selepas ini, kami mendokan kejayaan kalian… Tahniah…
Tp entry ini bukan sahaja nk kongsi kegembiraan I melihat anak didik berjaya. Ada yang lebih menyentapkan jiwa dan raga..adoyaaaaaaaaiiii anak didik ku.
Semalam b4 masuk kelas DIP *** .macam2 dh dengar citer…betapa upsetnya pensyarah2 lain dgn attitude….dengan disiplin.petan melayan karenah diorang. Apalagi melihatkan kerja2 dioarang..Lab, Mini Projek< Assginment..sangat2 mendukacitakan. Setiap kali kelas pastinya ada saja yang masuk lambat dengan 1001 alasan yang agak tidak munasabah di zaman serba canggih ni. Melihatkan presentation Mini Project diorang seperti kerja yang dibuat 2 jam. Sedangkan tempoh untuk buat mini project tersebut adalah sebulan. Ada pensyarah yang bg awal2 lagi.suruh plan btl2.siapkan dalam tempoh sepatutnya. I sendiri pun sama, dh bg kt diorg b4 diorang cuti mid term. Means ada masa 2 bulan utk siapkan. Tp bler tiba masa presentation…hanya Tuhan yg tau betapa kecewa, betapa terkilan, betapa sedihnya I melihat hasil kerja anak didik ku. Hanya 2,3 kumpulan yang boleh di puji. Selebihnya lagi berbelas2 grup sangat2 mengecewakan. Kerja mcm tu dalam masa 2 jam boleh siap. Bukan 2 minggu. Apalagi 2 bulan. Bila ditanya, katanya Java susah…ok susah..but why xada sorg pun dating bertanya…sehinggaka ada yg present entah apa2. Sangat2 KECEWA. Sehingga merasakan sepanjang 6 bulan bersama mereka seperti nothing.macam I xpernah ajar apa2. Ingatkan subjek I jer. Blk ofis citer kt kwn2..rupanya dah ramai pensyarah lain mengamuk ngan kelas DIP ***. Ada pensyarah yg siap ckp projek diorang adalah paling teruk sepanjang mengajar di PSIS.
So semalam….dengan sangat kecewa. Masuk ke kelas tersebut. Dh bg semua assessment…bermula la mukaddimah i. sehingga secara xsedar I telah menitiskan air mata tanda KEKECEWAAN pada kalian. penat sebenarnya nk melayan karenah u all semua wahai anak didik ku. Apa alas an kalian????
Kalau kalian kata xpunya masa, kelas lain pun sama…pelajar lain pun sama. Ada 24 jam sehari. Ada banyak subjek yg diambil …Ada banyak mini projek nk kene buat..ada banyak tugasan nk kene setelkan….
Kalau kalian kata, rumah sewa jauh…naik motor jer…student lain pn sama..malah ada yg lg susah.terpaksa naik bas.tggu lama2..tpaksa tebal muka menumpang kawan2…tp kalian dh ada moto..dh ada kete…masih lg beralasan
Kalian hantar lab lambat, assignment lambat…alasannya kertas dh hbs, printer xada ink….x mampu nk bli…tp hset kalian bukan main canggih..topup hari2..bergatut..ber SMS
Kalian kata, subjek itu, ini susah…t papa effort kalian?? Ada ke dating utk jupe pensyarah…mintak ajarkan blk yg xpaham…repeat balik pembelajaran yang lepas…
Kalian bising PB (carry mark) kalian sangat rendah..tp cuba kalian fikirkan enam bulan yg lepas…apa yang kalian laksanakan?? Adakah kerja kalian hanya setakat melepaskan batuk ditangga????
Kalau kalian kata kalian xada duit…susah nk belajar…saya dlu pun dari keluarga yg susah..berhutang sana sini nak tanggung pengajian saya…tp saya mampu tangani semua itu…sehingga menjadi manusia yang berguna…
Walau beribu alas an yang kalian ada…dan jika sejuta keazaman yg ada pada diri…semua itu tidak akan menjadi halangan.
Wahai anak didikku…melihatkan kalian berjaya adalah satu kepuasan bagi kami…tp nk menggagalkan kalian itu adalah perkara paling menakutkan dalam hidup kami…coz kami xmau menggelapkan masa depan kalian..masa depan Negara…anak bangsa… tapi kalu asyik pensyarah yang nk menerangi kalian..menyuluh jalan utk kalia…mana usaha kalian??? Sedar lah kalian…peluang hanya sekali…