Salam...di pagi Jumaat yang mulia ini..moga kita sama2 dirahmati...Dua tiga hari ni kalu tgok berita baca akhbar mcm2 kes sosial. Kes yang mungkin mendapat perhatian ramai adalah guru sekolah yang memukul pelajar sehingga menyebabkan kematian. ya Allah, sangat sedih...GURU...satu pekerjaan yang sangat mulia..tu rasanya dari kita kecik ayat tu dh selalu sangat dengar. tapi sejak dua menjak ni..macam2 kita dengar cerita pasal GURU. bukan sahja memukul malah tidak kurang juga kes yang merogol. Napelah seme ini berlaku??? ke mana hilangnya kemuliaan seorang guru..ke mana hilangnya sifat kemanusia. Moga mereka ini mendapat balasan yang setimpal.
Semalam, agak menyedihkan juga berita di mana seorang pelajar menumbuk seorang guru yang mengakibatkan guru tersebut patah hidung..agak terkilan. Walaupun zaman serba canggih.semua di hujung jari tapi xkan lah sampi begini sikap anak muda tonggak negara...
Di zaman i dulu, guru adalah segalanya selepas ibu bapa. dan kalu di tanya kanak2 perempuan seangkatan di zaman itu, bila besar nanti nak jadi apa..for sure, salah satu pilihan pekerjaan mereka adalah seorang GURU. kalau dh bosan main masak2, main lompat getah, salah satu game nk main ialah main cikgu-cikgu. Bangga lah sapa yang dilantik menjadi cikgu. Dengan memakai kasut tinggi ( pinjam yang kakak atau sedara mara) berketap ketup bunyi tapak kaki, jalan berlenggang lenggok. dan imej seorang guru mestila sangat kemas, cantik bergaya dan membawa buku di tangan. memuncunglah mulut bagi mereka yang hanya menjadi pelajar. perlu mengangkat tangan bila cikgu bertanya soalan, sebelum masuk kelas kene beratur, tangan di atas bahu. tidak kurang juga yang kene rotan dengan cikgu olok2. Begitulah angan di zaman dulu dan Alhamdulilah kini, i berjaya menjadi seorang GURU...
Pelik dengan pelbagai kejadian yang berlaku sejak akhir2 ini. sehingga telah menjatuhkan nilai seorang guru. Tidak kurang pula mereka yang sanggup memukul guru, merosakkan barang peribadi guru. Kenapa zaman canggih begini jadinya. Mungkin anak muda kita sekarang terlalu banyak bermain 'game' yang aagak GANAS sehingga memberikan effect yang negatif malah ada yang sanggup menoru aksi tersebut.
Kalu dulu, guru adalah orang yang kedua yang kita jumpa hari2 selepas ibu bapa. masa tadika pun i dh admire kt guru. namanya cikgu Naimah. walaupun hanya berbasikal ke sekolah, mengajar ABC, 123 tp i sangat mengkagumi beliau. kalu balik ke kampung still lagi jupe beliau berbasikal. Sangat berterima kasih kerana beliau juagalah i berjaya ke tahap ini walaupun tidak seberjaya orang lain.tapi kini jangankan guru tadika, guru mengaji ibu bapa sendiri pun payah nak hormat. Pelajar sekarang, belum pun kerja, datang konvo ambik jubah pun wat 2 xnampak i kt sebelah. buruk sangat ke GURU awak ni sehingga secalit senyuman pun payah.bukan minta kalian melutut hanya sekadar senyuman pun sudah memadai
Kalau dulu, guru mintak tolong itu dan ini, terutamanaya hantar buku latihan kt atas meja. tersenyum sampi ke telingalah mereka yang diminta oleh guru untuk membantu. yang xterpilih agak terkilan.muncung kerana cemburu nape hari ni guru xpilih aku. tapi di zaman sekarang lain plak jadinya. Jangan kan nak menghantar buku latihan, nk tolong bagi2 kan assigment yang dh ditanda, seme toleh ke tempat lain. pun sama kalu di minta tolong buka grill lab. Bukan main pas2 kunci kt kwn lain..Wahai anak didikku, gurumu ini bukanlah sekuat mana utk menarik pintu grill yang agak degil itu. kalu blh wat sendiri xde masa nk susahkan awak semua...
Kalau dulu, balik sekolah cerita ngan mak ayah, hari ni kene denda sebab tertinggal buku.dulu xada handphone nk kol ayah suruh hantar buku jika tertinggal. maka bertambah lah khutbah yang diberikan. kalau dulu balik menangis cerita ngan mak ayah kene rotan maka ditambahlah dengan nasihat dari mereka. bagi mereka di saat itu, hukuman yang di buat oleh guru ada sebabnya. mereka langsung xkan menyebelahi anak mereka. mungkin jika kesalahan si anak agak berat, mereka sendiri akan menambah hukuman untuk memberi peringatan supaya tidak melakukan perkara yang sama. Tapi sekarang, anak baru kene denda, dh datang melawat guru dengan 'kata kata hikmah'. anak baru kene rotan skit, dh bawa kes ke mahkamah. sebab tu la 'manja' nya mereka yang membesar di alaf baru ini.
Kalau dulu, barang guru di jaga melebihi barang sendiri. walaupun hanya sebuah basikal yang agak berumur. kalu di parking di tempat yang terik mataharinya. berebut lah murid2 nak tolong alihkan basikal di tempat yang teduh. tapi sekarang kereta guru di calarkan.tayar dipancitkan...
Kalau dulu, kenderaan paling glamer nk ke sekolah adalah basikal. bagi mereka yang duk jauh mungkin naik bas sekolah, xkurang juga ibu bapa yang hantar naik motor. masa waktu i kecik2 dulu, hanya orang 2 yang agak berada ke sekolah naik kereta. meleleh lah air liur bg mereka yang xpernah merasa apa itu kereta. termasuk lah i. maklumlah time dulu2. tapi pelajar sekarang ke sekolah dh boleh bw kereta. canggih mengalahkan kereta guru. Sebab tu lah nak parking pun kt tempat guru sebab keretanya lagi canggih. perlu di jaga dengan baik....
Bila difikir, terlalu besar jurangnya kanak di zaman persekolahan dulu dan sekarang. Kecanggihan teknologi telah merubah segalanya sehingga nilai seoarang guru tidak lagi setanding dulu. Isunya di mana salahnya, dimana pincangnya pendidikan kita dan kenapa semua ini berlaku ????? bagai kalian yang masih bergelar pelajar...kalian boleh menjawab segalanya...
Hello world!
3 years ago
3 comments:
fuh....i setuju ngan u...dlu cikgu mcm segalanya...tp i pun xtau dmana silapnya
btl tu k.faiz..dlu teruja kalu jupe cikgu,menolong cikgu.nak2 kalu cikgu memuji...hehe. risau nnti zaman2 anak kita
tu lah puan. saya harap saya tak jadi seperti anak didik yang puan cakap kat atas ni. saye baik kan kat class kan puan? hehe :P
Post a Comment