bie@nie. Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Najwa dan giginya

Salam...Alhamdulilah bertemu kembali kita...and lately ni terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup i..rasa macam "sudah jatuh ditimpa tangga"..namun tangga tersebut tidak la seberat mana berbanding mereka di luar sana...apepun bersyukur atas  rahmatNya...

sedar xsedar  najwa dh nk masuk 7 bulan.... lg 10 days..Alhamdulilah,tuhan memudahkan segalanya...Dia tau najwa jauh dengan kesayangannya lg sorg...yg dia sangat2 manja. kadang sedih plak bile memikirkan betapa ruginya 7 bulan hidup najwa ni...tidak seperti kanak-kanak yang lain...Boleh bermanja dengan papa dan mama serentak, dalam satu masa....Kehidupan harian Najwa banyak berlalu tanpa kehadiran mama dan papa serentak..kalu papa disisi, dimanjai...namun mama jauh disana...begitu juga sebaliknya....Bila difikirkan balik...salah siapa dan dimana silapnya...adakah i yang terlalu mengejar kerjaya dan meninggalkan keluarga jatuh nombor 2. Kalu ditanya pada sesiapa pun...situasi ini tidak ingin berlaku...kalu boleh ingin kan anak hidup dalam keluarga bahagia dan suasana yang sihat...tp apakan daya...tuntutan kerja yang menjarakkan kami...mama mintak maaf najwa....Insya Allah, ada rezeki kehidupan yg kita akan lalui bersama...papa, mama dan najwa....

dh jauh memesong i ni...hehe..tiba2 jer emo dengan kehidupan seharian....Tuhan tabahkan hatiku...
sebenrnya i nak citer tentang kemunculan 2 batang gigi pertama najwa...hehe..Alhamdulilah...mula2 xsear pn..tp ble i suaokan mkanan guna tgn...rasa sgt sakit bila gusi dia memamah jari jemari i...bila nga nga kan mulut dia..trang tang tang...2 batang gg yang putih...syukur...najwa xdemam pun time tumbuh gg tu...orang tua2 cakap biasanya jika baby melalui satu-satu fasa baru dalam hidup seperti tumbuh gigi, mula bertatih..bby akan demam....

now, i show u betapa putihnya gigi anak dara i nih..hehe

So dengan kemunculan giginya ni...i cari la sedikit info yang boleh dikongsi bagaimana untuk menjaga gigi susu bby kita nih....

Baru lahir hingga 24 bulan


*Bersihkan mulut kanak-kanak dengan kain kasa atau kain selepas makan dan sebelum tidur.
*Elakkan membiar bayi anda tertidur dengan botol susu di dalam mulutnya kecuali ia diisi dengan air kosong sahaja.
*Mengatur tabiat makan anak anda.
*Berhentikan anak anda secara beransur-ansur dari susu badan atau botol apabila mencapai umur 1 tahun.
*Berjumpa dengan doktor gigi apabila gigi pertama muncul atau jika gigi pertama tidak muncul setelah anak anda mencapai umur 1 tahun.
*Gosok gigi dengan menggunakan berus gigi yang kecil dan lembut selepas makan dan sebelum tidur.
*Teruskan mencuci bahagian-bahagian dalam mulut yang lain dengan kain kasa atau kain.
*Berbincang dengan doktor gigi atau pakar kanak-kanak mengenai tambahan florida.



Umur 2-6 tahun

*Ibu bapa perlu terus membersihkan mulut anak-anak dan membenarkan mereka mengambil bahagian berdasarkan minat dan kebolehan.
*Mula menggunakan flos di bahagian-bahagian gigi yang rapat.
*Berjumpa doktor gigi untuk pembersihan gigi secara berkala.



Umur 6-12 tahun

*Mula memindahkan tanggungjawab memberus dan flos gigi kepada kanak-kanak di bawah pengawasan ibu bapa. Umur 8 tahun adalah purat a umur kanak-kanak mampu memberus gigi sendiri. Manakala flos gigi boleh dilakukan sendiri apabila mencapai umur 10 tahun.
*Kanak-kanak harus memberus gigi menggunakan teknik dan jenis berus gigi yang disyorkan oleh doktor gigi mereka
*Menggunakan pengedap (sealant) untuk gigi geraham kekal.
*Jika perlu teruskan mengambil florida tambahan seperti yang telah dipreskripsikan oleh doktor.



Kanak-kanak dari semua peringkat umur

*Tukar berus gigi setiap 3-4 bulan sekali
*Berus gigi dua kali sehari, iaitu selepas makan sarapan pagi dan sebelum tidur.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment